Monday, December 27, 2010

WZWH - Ideakita bukan beku

Maaf , Ideakita kurang aktif sejak dua menjak ni, maklumlah kena kerja lebih sikit menoreh dan cop buah sawit untuk persediaan anak sekolah dengan yuran sekolah, yuran universiti serta kelengkapannya sekali.

Lainlah kalau kerja Ideakita duduk depan komputer dan menaip serta menembak orang. Ideakita akan membuahkan hasil tangannya apabila masa ada percuma (free time)

DUN PULAU TAWAR SELAMAT?

Ideakita berpendapat DUN Pulau Tawar adalah kawasan paling selamat bagi BN. Ini disebabkan DATO DR AHMAD SHUKRI ( DDAS) kelihatan bersih dari sudut imejnya.

Malah DDAS sentiasa mendampingi kawasannya serta bermurah hati dengan masanya setiap masa di sana.

Malah, pengalaman beliau menjadi exco kerajaan turut memberi bonus kepada beliau dalam meneruskan kariernya di DUN itu.

Tetapi PR akan sentiasa mencari ruang untuk menggenegahkan kelemahannya. Banyak kawasan tanah di bandar telah di Ali Babakan , malah sudah ada proksi hasil kerja tangan beliau.

Oleh itu hati-hati DDAS.

WAN AMIZAN ANDA AKAN DISINGKIRKAN


ADUN Tahan, Dato Wan Amizan Wan Abdul Razak (WAWAR) , sudah mula mengambil hati pengundi kawasan yang dikatakan kubu kuat pembangkang di Padang Piol dan Sungai Retang.

Tahniah, daripada bisik-bisik Ideakita dengari, mula memuji WAWAR kerana mula membawa pembangunan dan infra yang baik.

Kepada calon PR untuk PRU13, anda kena bekerja lebih kuat untuk menarik ramai penyokong anda.

Sokongan PR mula goyah dan cakap-cakap di kawasan tersebut tidak boleh masuk daun lagi, Tahniah WAWAR dan orang-orangnya.

Sokongan padu di kawasan HULU turut semakin mencengkam kukunya. Kalau dengar kata-kata tidak suka kepada WAWAR hanya sekelumit sahaja yang tidak menjadi kudis.

AWAS!, kesilapan konco dan WAWAR  sendiri di saat akhir boleh makan tuan.

Ulasan Ideakita;

WAWAR selalu war-warkan projek jalan bakal dibina, sejak WAWAR menang Mac 2008, beliau ada menyatakan September 2008, mula bina jalan, kemudian 2009 tetapi kini belum nampak bayang.


Malah, kolej komuniti yang WAWAR kata bakal dibina pada 2009, kini nak masuk tahun 2011 belum lagi. WAWAR kena ingat kata-kata perlu disusuli tindakan.  Ideakita bimbang, PRU13 menjadi medan sama ada sabut timbul atau tenggelam.,

Pesanan kepada WZWH, jangan terlalu mengangkat WAWAR, WZWH juga perlu memainkan peranan sebagai advisor di mana kekurangan dan kelemahan WAWAR yang harus dibaikki

Ingat pengundi di HULU sedang menanti saat projek jalan tersebut, andai sehingga PRU13 masih belum mula, kalau setakat ‘berlakon’ dengan meletakkan ‘props’ (seperti traktor, batu dan apa jua bahan kerja) , WAWAR akan menyembah bumi. Orang di HULU tidak boleh dipermainkan lagi

KERAJAAN SELANGOR TAKUT

Pelik Kerajaan Selangor begitu takut, gerun  dan bimbang dengan lambang 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib  dan mahu lambang itu diturunkan.

Kes untuk menurunkan lambang tersebut mendapat reaksi dari tokoh dan cerdik pandai politik BN yang mengeluarkan pelbagai pendapat

Ideakita berfikiran, lambang  tersebut memang menjadi satu gagasan Negara dan juga psikologi politik BN yang mulai dijadikan ikutan.

Kerajaan Selangor sudah sedar pada peringkat awal semua rakyat tidak memahami apa itu 1M, malah kalau ditanya orang yang selalu melaungkan 1M masih tidak dapat menyatakan secara perinci apa itu 1Malaysia.

Meraka hanya pandai menjadi Pak Turut, mereka hanya pandai mengikut tetapi tidak pandai (bodoh) untuk mengetahuinya.,

Sudah menjadi lumrah seperti PR sudah tentu takut dengan apa jua lambang yang menjadi ikutan dan turutan orang yang menyokong.

Kerajaan 1M, teruskan dengan gasgasan anda, tiada masalah letak apa jua lambang, BN ada duit, rakyat tahu berapa harga 1M?

Ideakita mahu respon semua Blog di Jerantut untuk membincangkan hal ini. Sehingga TPM pun turut memberi pendapat mengenai penurunan lambang 1M yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor dianggap takut dengan baying-bayang.

Ulasan Ideakita;

Pernah anda ingat, lambang Petronas satu ketika dahulu yang warna hijau menyamai warna PAS turut ditukar oleh BN kerana bimbang menjadi lambang ikutan yang sama.

Malah, satu ketika dahulu sekolah dilarang meggunakan cat warna hijau , maka sebuah  sekolah di Pekan yang pagar batu berwarna hijau ditukar warna catnya.

Hebat, BN pun takut……….tapi tiada  siapa yang kisah…Ideakita tidak kisah.

Saturday, December 18, 2010

YBM Tengku Azlan mula bekerja???

YBM Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut rajin turun padang. Tiap-tiap minggu Ku Lan balik ke Jerantut menghadiri berbagai program-program parlimennya. WZWH suka melihat Ku Lan rajin macam YB orang muda.

Hari ini 18 Disember 2010, jam 11.00 pagi bertempat di Rest house Jerantut satu majlis penyampaian bantuan-bantuan NKRA bakul makanan, beg dan pakaian sekolah sumbangan ahli parlimen Jerantut disampai oleh Ku Lan.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Lau Lee ADUN Damak, Ketua MIC Jerantut, dan 400 orang ramai.


Pada sebelah paginya YBM Tengku Azlan merasmi Karnival Sukan Tenis Dan  Futsal Tertutup Parlimen Jerantut sempena perasmian gelanggang tenis dan futsal Taman LKNP Jerantut.

Ramai pembaca blog WZWH bertanya apa isunya Ku Lan. Ku Lan adalah pemimpin UMNO Jerantut yang tidak ambil apa-apa dari rakyat Jerantut. Beliau adalah pemimpin yang mudah mesra. Beliau anak raja Pahang yang "the most gentleman". Beliau tidak sombong dan melayan semua orang sama saja. Semua ahli UMNO adalah orangnya.

Beliaulah pemimpin yang boleh menstabilkan politik Jerantut. Orang Jerantut boleh menerima kepimpinannya. Apa yang  Ku Lan perlukan ialah "striker partner" yang pantas dan tangkas yang boleh menyumbatkan banyak gol. Ku Lan memerlukan satu "teamwork" yang menyokong usahanya memajukan Jerantut. Ku Lan juga perlukan "think tank".

Ku Lan telah menjadi ahli parlimen sejak PRU 1999. Hanya selepas PRU 2008 baru Ku Lan mendapat "striker partner" yang laju membawa pembangunan. Walaupun YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan baru 2 tahun 9 bulan menjadi ADUN Tahan, namun projek pembangunan yang telah diluluskan sudah lebih RM150 juta di DUN Tahan. 

Ini juga adalah kerana pengaruh Ku Lan dan rangkaian hubungan networknya. Wan Amizan hanyalah kuda Ku Lan untuk memacu projek pembangunan. Siapa Wan Amizan tanpa sokongan dan pengaruh Ku Lan?

Gandingan berdua YBM Tengku Azlan dan YB Dato' Wan Amizan boleh membawa Jerantut ke era baru pembangunan Jerantut. WZWH mengucapkan terimakasih kepada YB Dato' Dr Ahmad Shukri, ADUN Pulau Tawar semasa menjadi EXCO telah menjadi pencetus pembangunan "Greater Jerantut". Ku Lan telah membawa pelabur untuk melabur  RM400 juta bagi membesar dan memodenkan bandar Jerantut. 

Wan Amizan akan memastikan implementasi Projek "Greater Jerantut" ini bukan sahaja boleh memenuhi kepentingan 1Malaysia komuniti peniaga Jerantut tetapi akan memastikan peniaga-peniaga Melayu ada tempat dan boleh menyertai projek ini. Ku Lan akan memastikan kepentingan peniaga-peniaga semua kaum akan mendapat tempatnya yang seimbang komposisinya. 

Siapa ahli parlimen Jerantut PRU 13? Ini pandangan WZWH. Selagi Ku Lan mahu maka beliaulah ahli parlimen Jerantut. Setakat hari ini tiada siapa yang boleh mengatasinya. MB tidak berani mahu mengubahnya. DS Najib ada 221 kerusi parlimen untuk beliau pilih siapa calon-calon yang beliau mahu. DS Najib tidak mahu pening kepala bertegang leher hanya setakat satu kerusi parlimen Jerantut diserahkan.

YBM Ku Lan boleh menjadi ahli parlimen Jerantut selama-lamanya...
 
Ulasan Ideakita:
Baguslah, jangan ikut musim dan jangan sengaja nak memancing. Masyarakat masa kini tidak seperti dahulu. Boleh berfikir. Satu lagi pesanan suara dari bawah. Orang-orang yang selalu 'ikut' dan 'himpit' jangan jadi makan tuan. sebab semua 'mata' memandang.
 
Kepada WZWH tolong pesan kepada 'orang ikut dna himpit ini, jangan jadi keris tamin sari yang makan tuan.
 

KEKUATAN PEMBANGKANG

SETELAH DITELITI MELALUI PEMERHATIAN, NAMPAKNYA PRU13 , JERANTUT BAKAL DITERAJUI OLEH BARISAN NASIONAL.

KELIHATAN UMNO/BN DAN KOMPONENNYA AMAT KUAT DAN KUKUH SEKALI SEOLAH-OLAH SUDAH MULA MENGORAK LANGKAH MEMPERKASAKAN BN DI JERANTUT.

BANYAK PROGRAM LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG SUDAH DAN SEDANG DIJALANKAN.

CONTOHNYA, HARI INI ADA DUA PROGRAM DIJALANKAN SERENTAK BAGI MEMPERLIHATKAN BERAPA UTUHNYA BN DI JERANTUT.

DI TUN TEJA DIADAKAN KARNIVAL SUKAN UMNO , BANYAK DIPERLIHATKAN SUKU SAKAT UMNO/BN MENGUASAI PROGRAM. SEHINGGA BANYAK PIHAK TIDAK MENGETAHUI, KALAU SEKADAR BANNER DIGANTUNGKAN DI BANDAR SEOLAH-OLAH IKLAN SAHAJ BUKAN MEMPELAWA REMAJA LAIN IKUT SERTA.

DI REST HOUSE, MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN, TAK PASTI MAJLIS ITU PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT YANG PUNYA ATAU BN/UMNO BERSENDIWARA.

BAGAIMANAPUN, IDEAKITA INGIN MEMBERITAHU PEMBANGKANG, JANGA BERANGAN-ANGAN UNTUK MENGAMBIL ALIH DUN ATAU MP JERANTUT.

BN/UMNO SUNGGUH KUAT KERANA SEMUA JENTERA SUDAH BERGERAK MENJALANKAN TUGAS MASING-MASING.

 

Thursday, December 9, 2010

JERANTUT PERLU SENATOR


Gambar ini SENAT dalam Star Wars.Tidak ada kena mengena.Cuma sebagai hiasan.


Terima kasih WZWH yang menceritakan mengenai Jerantut yang memerlukan Senator.

 Bagi  saya senator atau menteri atau timbalan menteri kalau ada di Jerantut tetapi tidak memberi kesan tidak guna juga kepada daerah ini

Baca tentang Pendapat WZWH DI SINI

WZWH menyatakan Jerantut tidak pernah ada Senator dalam sejarahnya.
Tetapi Timbalan Menteri memang ada. Semasa Jerantut mempunyai Timbalan Menteri dan exco.....apa yang Jerantut dapat? Tidak jelas pun yang dapat

Bagi Saya DS Lim Ah (DSLAC) lagi bagus.........walaupun tidak mempunyai jawatan menteri atau timbalan menteri atau exco tetapi dapat membangunkan satu perkara fizikal yang jelas seperti Bandar Inderapura, deretan kedai di bandar baru Jerantut berhadapan CIMB bank dan juga rumah kos rendah di Kg Jaya.

Jangan tanya saya macam mana DSLAC boleh membangunkan bandar Inderapura dan sebagainya. Kreativiti beliau boleh membangunkan semua itu. Jadi WZWH kena fikirkan......bukan jawatan itu sebenarnya membawa pembangunan.

SEKOLAH AMANAH

Baru tadi (9/12/2010 - 8 malam), TV3 menyiarkan Kementerian Pelajaran Malaysia bakal menwujudkan Sekolah Amanah. Kononnya ingin meniru cara di Sweden, AS, India dan German bagaimana sekolah yang dianggap lemah diberi bantuan dengan pelbagai cara.

Cara seperti jadikan sekolah angkat oleh sekolah yg berjaya@cemerlang, atau pihak swasta ambil sekolah difikirkan perlu dibantu dan sebagainya.

Ulasannya - KPM memang kreatif dalam menjana idea dan program. Dulu sekolah wawasan, sekolah bestari, sekolah kluster dan banyak lagi

Oleh itu, untuk mengadakan program baru yang memerlukan kos, maka sekolah amanah diadakan untuk menghalalkan cara. Kalau program dulu dha tak tau apa jadi

Wednesday, December 8, 2010

KENA BELI JET BARU, NAIK TARAF TAK BOLEH?

ULASAN IDEAKITA
Kalau tidak  beli baru nanti tiada urusniaga , bagi mengimbangi perniagaan satu MOU perlu ada antara dua negara,  mungkin Rusia beli minyak sawit banyak , kita beli jet perjuangnya. Peratus komisen pun DAPAT juga. Komisen yang dapat meningkatkan ketuanan melayu

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mempertikaikan keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru.

Dalam blognya, Mahathir berkata kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru.

"Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia. Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktaraf Sukhoi Su-30 dan MiG-29.

“Saya tidak pasti sama ada Malaysia menghadapi ancaman perang. Jika tidak, adalah lebih baik untuk hanya membaik pulih pesawat yang ada,” kata Mahathir.
Menurut beliau, berdasarkan laporan antarabangsa, India dikatakan akan menaik-taraf pesawat Sukhoi-30MKI milik negara itu manakala MiG-21 mungkin 'dibersarakan' namun MiG-29 akan dinaik-taraf.

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa pesawat MiG buatan Russia harus diberhentikan kerana kos penyenggaraannya semakin tinggi.

Mahathir sebelum ini mengingatkan kemungkinan wujud orang tengah yang akan mengaut keuntungan berganda dengan keputusan untuk membeli pesawat tempur baru dan menjual yang lama.

Beliau juga berkata keputusan kerajaan menukar pesawat MiG dipengaruhi oleh pihak yang berkepentingan  sendiri.

Sebelum ini, Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu adalah kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi pesawat buatan Rusia itu,

Kementerian Pertahanan dilaporkan menimbang untuk menggantikan pesawat MiG buatan Rusia sama ada dengan SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 atau F-15 Eagle.

Monday, December 6, 2010

MENARA WARISAN 100 TINGKAT


Pandangan saya:
Saya tidak mempunyai apa-apa niat untuk memperkatakan mengenai pembinaan Menara 100 tingkat bangunan Warisan Merdeka kerana tidak tergolong dalam apa jua kepercayaan fahaman politik malah lebih menyokong kerajaan sedia ada demi mempertahankan kedaulatan Negara.

Tetapi saya tetap ingin menyuarakan pendapat dan pandangan kerdil saya yang mungkin boleh dipinggirkan tetapi sebelum diketepikan seharusnya perlu direnungkan sebagai seorang rakyat yang membayar cukai pendapatan dan juga mempunyai taraf kewarganegaraan.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar pembinaan bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka ditangguhkan bagi memberi kemudahan dan kesejahteraan rakyat dengan membina sesuatu yang difikir amat diperlukan oleh rakyat pada ketika ini dan mungkin amat diperlukan dalam tempoh jangka panjang kira-kira 50 tahun akan datang.
 
Kenyataan Mantan Perdana Menteri itu dipetik daripada Malaysiakini amat bertepatan sekali dan mungkin mantan tersebut berfikiran terbuka dan mahukan kesejahteraan rakyat didahulukan dan diutamakan

Petikan itu menyatakan , Mantan Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad  memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang pejabat yang kini sudah pun melanda Lembah Klang.


Katanya, masa ini, terdapat  banyak papan tanda untuk bangunan atau ruang pejabat 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' sekiranya  bersiar-siar di kota raya, ini memberi petunjuk bahawa banyak bangunan yang masuh terbiar kosong dan berkemungkinan Menara Berkembar Petronas (KLCC) turut terlibat  .
Beliau turut mahukan pihak kerajaan merujuk perkara untuk membina menara  itu dengan merujuk kepada rakyat kerana rakyat boleh  menentukan perlu atau tidak pembinaan tersebut demi kesejahteraan rakyat melalui pandangan masing-masing.

Saya berfikiran , RM 10 Billion untuk membina bangunan itu perlu ditangguhkan buat masa ini dan lebih menumpukan kepada projek yang menjadi nadi dan kesejahteraan rakyat bakal  digunakan oleh jutaan manusia akan datang.

Pertama, saya mencadangkan membina lebuh raya yang lebih selesa yang setaraf lebuh raya  PLUS  untuk semua rakyat daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Bentong, Raub, Kuala Lipis dan seterusnya ke Merapoh, Gua Musang dan ke Kota Bharu.

Setelah disiapkan, mungkin pada fasa seterusnya boleh menyambungkan lebuh raya tersebut dengan Cameron Highlands sebelah barat lebuh raya tersebut kalau diambil contoh jalan negeri sedia ada dan seterusnya ke bahagian barat negeri Terengganu seperti pedalaman negeri itu

Kita kerap mendengar  saban tahun selalu berlaku kesesakan dan mengambil masa yang lama daripada perjalanan biasa untuk sampai ke Kota Bahru atau sebaliknya terutama ketika sambutan musim perayaan dan cuti umum yang panjang.

Rakyat bawahan yang mengalami betapa payah dan seksanya  kerana menggunakan kenderaan jalan darat yang jarak begitu jauh tetapi tanpa sebarang keselesaan berbanding pengguna lebuh raya Utara-Selatan yang begitu selesa.

Selain itu, kerap berlaku kemalangan maut yang meragut banyak nyawa di jalan tersebut terutama antara Kuala Lipis ke Meropoh dan  Gua Musang. Oleh itu perlu dielakkan perkara sebegini berlaku  maka jalan raya atau lebuh raya baru dibina terutama bagi menampung kenderaan yang bakal bertambah dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Oleh itu pembinaan itu perlu dimulakan sekarang secara berperingkat agar tidak berlaku masalah yang timbul dalam tempoh terdekat dan jangka panjang yang akan keadaan mendesak dan memerlukan lebih banyak belanja.
Ini memandangkan kini terdapat kira-kira 20 juta kenderaan pada Ogos 2010, bagaimana pada tahun 2020 ,  2030 atau 2050 akan datang.
Selain pembinaan lebuh raya dan jalan negeri yang mempunyai jalinan yang baik secara tidak langsung akan menjana ekonomi negeri-negeri terlibat dan juga menaikkan ekonomi seluruh negara.
Perhubungan yang baik akan turut menarik pelabur untuk membuka perniagaan masing-masing dan penempatan baru akan wujud di sepanjang lebuh raya itu dan secara tidak langsung tidak  berlaku tumpuan penduduk di kota besar yang sudah ramai dan merosakan  sistem sosial.
 Kedua, saya mencadangkan perlu membina landasan keretapi laju seperti cadangan dan ura-ura untuk membina landasan keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura. Kita sedia maklum di antara Kuala Lumpur ke Singapura sudah banyak pilihan pergerakan manusia sama ada lebuh raya, keretapi dan juga udara, maka kita perlu beralih ke kawasan lain.
Saya mencadangkan landasan keretapi laju dibina antara Kuala Lumpur ke Kuantan yang jaraknya kira-kira 400 kilometer dan bakal dijadikan pengangkutan utama kemudian hari kerana mengambil masa yang singkat.
Landasan ini boleh dinaiktaraf pula kemudian untuk menghubungkan antara Kuantan ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Kota Bharu.
Selain itu, landasan itu juga boleh dihubungkan antara Kuantan ke Pekan (Kawasan Parlimen PM) – Rompin (Datuk Jamaluddin Jarjis) – Mersing – Kota Tinggi dan Johor Bharu.
Secara logistiknya, kita dapat menyuraikan kesesakan setempat yang selama ini bertumpu di Kuala Lumpur, maka siapnya landasan seperti itu  akan memberi faedah kepada jutaan rakyat Malaysia dan mudah untuk bergerak dengan cepat dan selamat.
Kita tidak akan dengar lagi berlaku kekalutan penduduk kota untuk pulang ke kampong untuk menyambut hari-hari perayaan kerana terdapat keretapi laju yang canggih dan mengurangkan kesesakan jalan raya pada waktu tertentu 
Pandangan saya, pembinaan landasan itu bukan dibina secara sekali gus sebaliknya berperingkat dengan memulakan landasan daripada Kuala Lumpur ke Kuantan dan landasan seterusnya akan dibina kemudian  mengikut keperluan.
Untuk mengenang jasa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib, kita namakan landasan keretapi laju tersebut sempena nama beliau dan ini akan diingati sehingga ratusan tahun akan datang berbanding bangunan 100 tingkat yang tidak memberi makna kepada rakyat seluruhnya.
Sebagai kajian ringkas, cuba kita renung kembali siapa yang menggunakan bangunan KLCC itu, adakah digunakan oleh semua rakyat atau sebahagian atau koperat dan konglomerat?
Rakyat hanya ke KLCC untuk melihat betapa tinggi bangunan tertinggi kategori berkembar di dunia dan kemudian dapat merasainya melalui merakamkan foto yang diambil.
Oleh itu, adakah menara 100 tingkat itu akan berlaku seperti KLCC yang hanya menjadi lambang kemegahan dan tidak menjadi lambang kesejahteraan rakyat?

tanah di jerantut sama di sabah???

TANAH DI JERANTUT SENASIB DI SABAH???

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Satu rombongan rakyat pedalaman Sabah hari ini mengadu kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhubung rampasan tanah mereka oleh kerajaan negeri.

Mereka yang terdiri dari 25 orang, hadir ke parlimen dan turut menyerahkan memorandum kepada Presiden PAS itu.

Turut serta bersama mereka, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah dan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar PAS, Mazlan Aliman.

Pada sidang media sebelum itu, Hamzah yang mengetuai rombongan itu memberitahu, tanah tersebut diteroka oleh masyarakat peribumi Sabah seawal pemerintahan Usno lagi.

Mereka juga memohon tanah itu dan membayar premium, namun sehingga sekarang katanya tiada jawapan.

"Apabila BN di bawah Musa Aman mengambil alih pemerintahan negeri, jabatan hutan bertindak membakar rumah masyarakat peribumi.

"Hujah mereka supaya rumah tidak didirikan lagi di sini," katanya.

Selain dibakar, masyarakat peribumi turut diusir keluar dari tanah mereka manakala tanaman yang diusahakan dimusnahkan.

Lebih malang katanya, tanah yang dirampas itu diberi kepada syarikat kroni dan mereka yang menyamar sebagai anak negeri.

"Sebagaimana berlaku sekarang, tiba-tiba sahaja kita lihat di Keningau dan Nabawan tanah yang diusahakan sejak beratus tahun dahulu menjadi milik syarikat kroni," katanya.

Pertemuan dengan Tuan Guru Abdul Hadi itu dibuat memandangkan bekas Menteri Besar Terengganu itu pernah menyelesaikan isu tanah ketika PAS memerintah negeri itu pada tahun 1999.

"Masalah masyarakat peribumi ini tidak akan selesai jika Umno BN masih memerintah negeri ini.

"Kecuali kerajaan yang membuktikan mereka benar-benar berjiwa rakyat seperti Selangor sekarang dan Terengganu pada 1999," katanya.

Memorandum sama sebelum itu turut diserah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aduan berhubung masalah sama turut akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia petang ini.

"Kami hari ini mewakili ratusan ribu rakyat Sabah.

"BN jangan fikir keputusan di Batu Sapi fix deposit sokongan rakyat Sabah," katanya.

Dalam pada itu, kesemua ahli rombongan tersebut akan diraikan pada himpunan 5,000 rakyat marhaen di Stadium Kajang malam ini.

Sunday, December 5, 2010

bincang harga barang naik. mengapa kita perlu risau harga barang naik. kita juga kena setuju bangunan 100 tingkat yang bakal dinaikkan. oleh itu tak perlu bising mengenai harga barang naik.