Sunday, January 15, 2012

DATO WAN BAKAR

Desas-desus menyatakan Bekas Ahli Parlimen Jerantut dan juga timbalan menteri Dato Wan Abdul Bakar akan meninggalkan Umno untuk bertanding Ahli Parlimen atas tiket PAS di Wangsa Maju.

Kalau betul, secara tersiratnya Dato Wan akan meninggalkan Umno . Mungkin beliau berasakan Umno sudah tidak releven lagi. Harap cuba selesaikan desas-desus ini. Atau sebagai idea provokasi untuk beliau dicalonkan semula di Jerantut?

Wednesday, January 11, 2012

EPIk Anwar Ibrahim

Keputusan upset mengenai kes liwat 2 anwar ibrahim(AI)  mengejutkan banyak  pihak dan sungguh di luar dugaan dan tidak terlintas AI akan dilepaskan. Malah berkata 9 Januari adalah hari terakhir AI berada di luar untuk meneruskan ceramah dan kempennya.

Tetapi Umno / BN (UBN) bijak dan genius, selepas keputusan diumumkan, mula menyatakan badan kehakiman tidak dicemari dan dipengaruhi oleh mereka dan ini sebagai makluman kepada pihak pakatan rakyat bahawa mahkamah adil dan telus.

Bolehkan anda fikirkan sejenak, apa kata keputusan berpihak kepada UBN, pasti TV3, RTM akan engulangi sampai sebulan cerita AI, tetapi kisah AI tidak banyak diceritakan dalam TV perdana, sebaliknya memberi banyak liputan mengenai bom.

Ada rakan aktivis politik UBN menyatakan keputusan itu sebagai satu kredit kepada UBN kerana sebagai peneraju kerajaan, UBN amat telus dan dan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

Aktivis UBn menyatakan, keputusan itu banyak kepada DNA dan laporan lisan tidak boleh dipakai, ada keputusan lain iaitu akan disabitkan meliwat suka sama suka atau video datok T. Masih lagi ada harapan UBN untuk menghumban AI ke penjara.

Sebagai orang atas pagar berasakan ada baiknya keputusan itu kerana akan memberi indicator terbaik buat UBN untuk mengadakan PRU13 kerana nama baik kerajaan sekarang berada di puncak.

Malah, semua jentera kerajaan sudah dibersihkan khususnya badan kehakiman. Saya kira hakim terbabit boleh tidur nyenyak kerana tidak disumpah oleh orang PR, sebaliknya akan dimaki hamun oleh orang UBN.

Sejak mula perbicaraan ramai sahabat menyatakan kenapa kenyataan Doktor Myanmar tersebut tidak diberi perhatian utama, kemudian doctor itu lenyap terus.

Kemudian kondo yang dikatakan aktiviti seks dilakukan  itu tidak diberi tumpuan, siapa pemilik rumah tersebut, kalau disewa siapa yang meyewa.

Ketiga, kalau betul ada 12 DNA air mani terdapat dalam dubur Shaiful, mengapa DNA AI sahaja diambil kira, kenapa tidak disabitkan 11 lagi kesan DNA air mani tersebut.

Mana tau, 11 air mani tersebut termasuk …………………………….. ntahlah jangan menuduh.

Oleh tu selesai episod AI mengenai kes ini, AI tidak boleh suka sangat kerana ada lagi kes video lucah pula menunggu anda.


  


Monday, January 2, 2012

kesian tiada tempat nak mengadu...bila mengadu....nanti...ada hal mustahak...bila demo....semua kelam kabut....jawapannya.....kita kena berbincang......(apa ni?)

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7373-saya-bangga-ada-anak-menantu-yang-begitu?device=xhtml

itu lah jawpan orang dh bersalah
bila nak ajak bincang.....tak layan...kata ada hal lain yg penting...ini hal remeh...
bila pelajar dah demo..........mula mengata ,......napa tak bawa ke meja perundingan....
mula kata pelajar perlu tumpu peperiksaan dan belajar macam-macam

kalau tak buat cam ni (akhbar ari ini 3 jan 2012 ) ada kata semua pelajar ISMP akan ditempatkan ke sekolah-sekolah.....mula takut...kalau tidak jawap sebelum ini pergi cari kerja lain dulu ....bila fikir ada bagus juga.

kepada pelajar yang berpeluk tubuh tenguk kawan2 kena pukul....bersyukur kerana mereka ...anda khusunya ISMP dapat kerja......

dulu kita binggung pelajar lembut....sebab kita bentuk mereka untuk lembut.....bila pelajar demo(garang, keras).....marah juga.....

PELAJAR BERANI BUKAN PELAJAR LEMBUT

Written by Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Saya bangga ada anak dan menantu yang sebegini dan saya harap ramai lagi mahasiswa yang akan bangkit untuk memperjuangkan yang hak."
(Puan Mariam ketika bercakap kepada para pemberita)

Demikian kata Puan Mariam Abdul Rashid, ibu mertua kepada Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Puan Mariam berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat menantunya Safwan yang baru keluar dari hospital.

Ketika bercakap kepada media, Safwan berkata, dia ditumbuk sekali di bahagian muka dan ditendang dengan lutut oleh anggota polis.

Kejadian itu berlaku apabila beliau cuba membebaskan rakannya yang sedang diheret oleh polis di malam tahun baru 2012 di Univerisiti Perguruan Sultan Idris.

"Bangga..." kata Puan Mariam sambil tersenyum kepada wartawan yang bertanya kepada beliau tentang Safwan yang terpaksa diusung ke hospital selepas dipukul.

"Dia menantulah dan anak saya juga seorang aktivis pelajar," kata Puan Mariam.

"Bangga..sebab mereka sangat berani untuk memperjuangkan yang hak dan juga untuk membela nasib yang lain.

"Walaupun kita rasa agak sedih dengan kejadian yang berlaku....menyebabkan kecederaan dan sebagainya.

"Kita sangat kesal dengan tindakan polis terhadap mahasiswa yang sepatutnya diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan mereka tetapi sebaliknya berlaku begitu...itu sahaja," kata Puan Mariam.

Namun Puan Mariam sekali lagi menyambung dengan berkata, "Saya bangga ada anak dan menantu yang begitu....."
 

Sunday, January 1, 2012

budak U kena belasah

http://www.malaysiakini.com/news/185383


Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.
Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.
smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangDakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.
Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.
Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.
Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.