Saturday, March 24, 2012

DESAS DESUS JERANTUT

Desas-desus begitu kuat menyatakan dua orang kuat Jerantut akan keluar pindah  daerah kerana bertukar disebabkan naik pangkat dan polisi pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

Kabar angin menyatakan Pegawai Daerah , Dato Roslan akan bertukar ke Kuantan dan Setiausaha Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan kembali semula ke Kuala LIpis.

Andai betul ramalan ini, Ideakita merasakan bandar Jerantut akan kembali usang , tidak ceria , tidak menarik, dan pelbagai perkara yang menaikkan nama Jerantut akan merudum jatuh.

Kalau SU Wan Norizan meningkatkan keceriaan Jerantut dengan  pelbagai idea menarik , apabila bertukar akan meninggalkan tugas dan tanggung jawab dan diserahkan kepada bakal pengganti yang  mungkin tidak sehebat SU MDJ.

Ideakita maklum, pertukaran tidak boleh dielakkan kerana keperluan organisasi serta sudah menjadi perkara biasa kepada penjawat awam. Tapi bisikan desas-desus menyatakan ada tangan ghaib yang meahu mengalihkan individu ini

Walau pun tidak menambah dan  meningkat keceriaan, penjagaan dan pemantauan (maintain) pun tidak dipedulikan kerana pengganti ini terlalu termakan budi.

Bila sudah terlebih makan budi,  teralpa dalam tugas serta terlena dalam buaian dan bisikan individu yang mencari peluang.

Oleh itu, tunggu dan lihat bala yang akan menunggu penduduk daerah Jerantut , khususnya penduduk di dalam kawasan Majlis Daerah.