Wednesday, December 28, 2011

Baca dahulu tulisan WZWH yang dianggap terbaik dalam alaf ini sebelum tulisan Ideakita
http://wzwh.blogspot.com/2011/12/mesej-rakyat-malaysia-kepada-222-mp.html

salam wzwh......baru ada kelas penulisan kali ini. tidak terlalu 'mengampu' kepada Umno.
sikap penulis dan penyokong Umno yang terlalu mengampu dan menjulang MP dan ADUN sehingga dianggap OK mengakibatkan semuanya beranggapan OK.

Sejaran menyatakan PM Najib di Pekan satru ketika dahulu nyaris kalah disebabkan orang Pekan (orang UMNO) banyak buat keje menipu sehingga PM Najib selesa. Nyaris kalah.
sebenarnya ADUN dan MP yang terlalu memikirkan bagaimana nak menang....bagaimana nak melobi nama naik semula terutamanya BN (Umno) membuat semua terlupa nak buat keje.
lebih malang lagi, MP dan ADUN guna duit untuk 'di meja judi" menjelang PRU. Mula tabur sana-sini sehingga ada one-off rm 2 juta utk parlimen untuk dijadikan umpan

Kini, rakyat pandai, taburan wang diambil, undi belum tentu atau rahsia.

Pemberian RM1oo dan RM500 kalau dikatakan belanja PRU, mungkin keterlaluan atau mungkin dikatakan pemikiran sempit . Sebenarnya itu memang benar.

Pemikiran saya, kalau diberi wang RM100 terus kepada pihak sekolah mengikut jumlah dan bilangan murid. Oleh itu wang tersebut dijadikan wang penyediaan buku tulis lagi bagus yang diberi percuma oleh pihak sekolah. Kerana 2012, sekolah tak ada duit, sebab yuran tak ada. Fikirkan.

Pemikiran golongan rakyat baru, (bukan generasi baru) sudah berubah, mereka membaca, mereka menilai, mereka membuat analisa oleh itu mereka tidak boleh ditipu melalui akhbar perdana, tv1, tv3 malah Bernama. Sebab ada internet. Mudah aja tutup akses internet maka semua tak boleh baca. Tapiiiiii.....semua sistem di Malaysia akan down malah jadi down syndrom

Oleh itu, MP dan ADUN jangan main-main dengan pemikiran rakyat baru menjelang PRU. Pemikiran rakyat lama hanya ada pada orang dan ahli UMNO yang mempunyai hasrat untuk mendapatkan tender.

Tak percaya, copntoh, Lihat Orang Umno Pulau Pinang, seminggu selepas PRU12, menangis2 di jalan raya, kononnya kerajaan PP tak membantu.

Masa itu kerajaan PP baru seminggu lepas PRU12. Golongan ini mereka berarak di jalan menangis dan menggigil sebab peluang untuk kaya hasil limpahan Jambatan PP ke dua bertukar tangan.
Oleh itu, MP dan ADUN perlu buat homework , kena cerdik buat kajian sendiri, kena pandai buat strategi dan jangan pandai tabur duit, jangan pandai buat keje last minit sebab orang lain dah masuk jarum dahulu sebelum anda bergerak.. Fikirkan

MAHU TAPI MALU

Nik Aziz: Boleh ambil BR1M, tapi undi 'bulan'
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat Kelantan agar jangan menolak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.

"Apa yang diumumkan oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) (bantuan) sebanyak RM500 itu, saya minta rakyat terima.

"Yang gantung (kain rentang) tu mengarut sahaja...nak bagi berapa pun ambil tapi bila mengundi, undi bulan," katanya sambil menafikan beliau ada kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang menggantung kain rentang yang tertera gambarnya dan kenyataan bahawa pemberian sebanyak RM500 itu adalah haram.

Pihak tidak bertanggungjawab yang mengantung kain rentang itu berbuat demikian kerana kecewa, katanya kepada pemberita semasa meninjau hakisan akibat ombak besar di kawasan pantai di Bachok, hari ini.

Mengenai isu membabitkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan dan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang lantang mengkritik parti itu sebelum ini, Nik Abdul Aziz menganggap isu itu sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.

Menteri Besar Kelantan itu berkata ini kerana kedua-dua pemimpin PAS itu terutama Hasan telah meminta maaf kepada parti dalam satu "pertemuan muhibah" yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar itu di JKR 10 semalam.

"Pertemuan ini adalah dianjurkan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan syukur kepada Allah Taala Datuk Hasan telah menarik balik kenyataannya yang dianggap sensitif.

"Ini tanda kelakian dan anak jantan kerana dia ikhlas menarik balik kenyataan dan memohon maaf. Ini ajaran agama dan bukan senang untuk mana-mana yang buat salah untuk minta maaf dan menarik balik," katanya.

Hasan dan Nasharudin baru-baru ini lantang mengkritik PAS yang disifatkan mereka telah lari daripada perjuangan asal untuk menubuhkan negara Islam, namun Hasan kemudiannya telah memohon maaf mengenai perkara itu.

Nik Abdul Aziz berkata beliau telah meminta PAS pusat agar mengadakan jamuan kesyukuran bagi menandakan tamatnya isu berkenaan.

Ketika ditanya mengenai kedudukan Nasharudin sebagai calon, beliau berkata:  "Terpulang kepada pengundi di Bachok (sama ada mahu menerima atau sebaliknya)".

Mengenai hakisan di pantai berkenaan, Menteri Besar berkata kerajaan negeri akan membantu menyelesaikan masalah itu mengikut kemampuan yang ada.

"Dalam bidang kerajaan negeri kita akan buat dan kalau Pusat biar Jabatan Pengairan dan Saliran tentukan. Sekarang kita sedang menilai kos yang diperlukan," katanya.

Cam mana Kedah boleh buat....betul ker?

DPPM: Contohi k'jaan Kedah lupus pinjaman pelajaran
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengesyorkan kepada kerajaan negeri lain supaya mencontohi langkah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah melupuskan hutang pinjaman pelajaran bagi meringankan beban rakyat,

Semalam, kerajaan Kedah mengumumkan pelupusan hutang pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang berkaitan dengan kes-kes tertentu.

Ia meliputi kematian, penyakit kronik, gila dan yang tidak mempunyai daya lagi untuk membayarnya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah, DPPM menyifatkannya sebagai contoh yang baik dalam usaha membantu rakyat.

"Sebaiknya semua kerajaan negeri berlumba-lumba dalam memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang terbaik kepada rakyatnya sebagai balasan sokongan rakyat terhadap pemerintahan mereka," kata ketua penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Katanya, DPPM menyifatkan inisatif kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah sebagai membuktikan mereka amat prihatin dan menyelami denyut nadi rakyat di negeri itu.

"Kepemimpinan negeri itu membuktikan bahawa mereka memegang tampuk kuasa bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi untuk kepentingan rakyat jelata," kata ketua penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Menurutnya, umum mengetahui bahawa pendidikan adalah keperluan hidup yang mesti ditunaikan oleh kerajaan terhadap rakyatnya.

"Dengan pelajaran akan terbela kehidupan rakyat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat daripada belenggu kemiskinan.

"Pelajaran melahirkan masyarakat yang bertamadun, berakhlak mulia, disamping membina masyarakat dan negara yang maju dan berdaya saing.

"Insentif pelajaran daripada kerajaan kepada rakyat merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan Kedahm tambahnya, telah berjaya menempatkan diri antara negeri yang berjaya menunjukkan kesungguhan membantu rakyat.

Menurutnya lagi, dengan kedudukan ekonomi negeri yang stabil ditambah dengan perbelanjaan pentadbiran yang berhemah, Insentif khusus bagi membantu rakyat adalah tindakan yang tidak merugikan kerajaan tersebut.

Malah, tambahnya, pelbagai imbuhan dan insentif yang diberikan untuk rakyat mampu meningkatkan lagi hasil pendapatan negeri dengan keberkatan pentadbiran yang bersih, jujur dan telus.

"Dengan inisatif ini, ternyata aspek pelajaran diambil perhatian penting oleh kerajaan Kedah.

"Ia membuktikan bahawa kerajaan Kedah berusaha memastikan tiada rakyat yang keciciran pelajaran untuk jangka panjang," tambahnya.

Meskipun pelupusan hutang pinjaman tidak dikuatkuasakan kepada semua pihak, tegas Riduan, namun ia langkah yang amat baik sebagai permulaan.

ANAK DERHAKA?

Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini mengemukakan satu lagi aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB).

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, aduan itu dibuat kerana badan yang dianggotai peneroka itu tidak berpuas hati dengan penjelasan SKM sebelum ini, berhubung pelantikan tersebut.

"Kita minta satu pendirian daripada SKM sama ada Isa benar-benar (menjadi) ahli koperasi Felda," katanya kepada pemberita selepas menghantar aduan berkenaan di pejabat SKM, Kuala Lumpur.

NONEPenjelasan SKM berkenaan didakwa bercanggah dengan satu surat perdana menteri bertarikh 15 Ogos yang menyatakan bahawa Isa merupakan pengerusi KPFB.

Sedangkan, jawapan yang diberikan SKM dalam satu surat bertarikh 10 November lalu menunjukkan Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPFB, kata Mazlan.

Malah, surat SKM itu juga tidak menyebut mengenai status keahlian bekas menteri besar Negeri Sembilan itu sebagai ahli KPF, kata Mazlan lagi.

Aduan ke atas KPF yang dibuat oleh salah seorang anggota koperasi berkenaan, Abdul Rahman Ramli antara lainnya turut menuntut supaya SKM membatalkan keputusan lembaga pengarah koperasi berkenaan yang meluluskan keahlian Isa.

"Berdasarkan Fasal 2 dan Fasal 11 Undang-undang Kecil KPF, hanya peneroka, keluarga peneroka, kakitatangan Felda (kumpulan) tetap dan koperasi gabungan (layak menjadi ahli KPF)," aduan itu dipetik.

Aduan hari ini merupakan susulan kepada aduan pertama yang dibuat Abdul Rahman pada 18 Oktober lalu, setelah mendapat penjelasan SKM pada 10 November.

Mengulas lanjut, Mazlan Aliman berkata SKM perlu membuat penjelasan lanjut memandangkan pelantikan pengerusi KPF mempunyai kaitan dengan penyenaraian satu lagi anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd ke Bursa Malaysia.

NONEMazlan turut mempersoalkan mengapa entiti seperti koperasi "diheret" ke bursa saham Malaysia, sedangkan beliau tidak pernah mendengar perkara itu berlaku sebelum ini.

"Ini satu percubaan serius yang perlu bagi SKM memperjelaskan (termasuk) soal tujuan, soal prosedur, undang-undang kecil yang berkaitan. Adakah ia bercanggah antara satu sama lain?

"Ia mesti diperjelaskan kerana ia membabitkan bukan sahaja lebih 220 ribu pemegang saham dalam KPF, tetapi ia membabitkan koperasi terbesar di Malaysia," katanya.

Mazlan juga berharap SKM "tidak terikat dengan tangan-tangan politik" yang didakwanya menjadi dalang dalam isu perlantikan Isa –  yang juga bekas naib presiden Umno.

"Kalau SKM mahu menjadi satu agensi kerajaan yang berwibawa, tolong hormati segala (peruntukan) undang-undang kecil koperasi dan undang-undang kecil yang mengawal di bawah akta koperasi yang sedia ada," katanya.

Mazlan yang turut mengadakan perbincangan selama kira-kira 30 minit dengan pegawai SKM itu juga memberi tempoh sebelum 5 Januari kepada SKM untuk memberi maklum kepada aduan tersebut.

betul ke KU LI ni?

Written by Hishamuddin Rais  
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus  pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974  dan juga  bekas Menteri  Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami  krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li  pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik -   flip flop  - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi  kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan  secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara,"  Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974  telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia  mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan  dengan perlembagaan seperti kedudukan  Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat ,  pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila  beliau telah berjaya mengambil alih  kembali harta tanah  Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'.   Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara  yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam.  Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini  hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi  dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman  beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi  mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li,  kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari  Putera  Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC.  Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM  ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa  pentabiran pimpinan Najib Razak  kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO  terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara  berpusat memandang ke PWTC,  Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini  masih belum jelas.  Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak  membawa  beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah  sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga  tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan  massa. Jauh sekali Ku Li  untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh  bin Tengku Mohd Hamzah  ialah putera raja. Mungkin inilah  sosok yang digambarkan oleh   Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.
 

Tuesday, December 20, 2011

MARUAH MELAYU KENA JAGA

Orang Melayu perlu menjaga maruah dan kedaulatan bangsa, kekuatan dan kekebalan bangsa sebagai amanah tanah Malaysia ini.

Selalunya UMNO akan mengunggap perkara ini setiap masa, memasak kata-kata magik ini ke telinga orang Melayu.

UMNO akan berseloka, berpantun, bersyair dan mungkin menyanyi lagu UMNO semasa Perhimpunan di PWTC. Dendangan ini berterusan dilagukan agar sebu di telinga orang Melayu.

Tapi apakah Melayu selamat di tangan UMNO? adakah orang melayu kaya di tangan UMNO? DEB entah ke mana, wang rakyat lesap beli kondo untuk lembu, tanah di KTMB di Singapura tak tau ke mana? Wang untuk bumiputera untuk DEB ghaib entah ke mana?

Masihkan melayu menjaga melayu.?

Bila terdesak, mula UMNO menyanyikan lagu sama dengan rancak dan kuat untuk orang melayu dengar jelas. Orang Melayu pekak? tidak yang pekak adalah orang yang mendapat limpahannya...mana kala yang tinggal adalah mereka yg tidak dekat dgn UMNO.

Orang UMNO mudah dapat AMP, Dato, Dato Seri ...bukan susah......tunjuka muka tunjuk wang.
Wang itu pula bukan daripada....banyak kuari, 'ladang' balak yang boleh dituai maka kayalah mereka.

Oleh itu, orang Melayu alaf baru tidak seperti alaf lama, malah yang alaf lama pun mula menjeling ke arah lain sebab banyak sangat helah dan trick UMNO.

Oleh itu PRU menentukan kedudukan BN/ UMNO. Kalau masih sayangkan UMNO jom pangkah mereka. Tapi kalau dah bosan dengan kerenah mereka jom kita cuba "budak baru-PR"

Rasanya budak baru adalah penyapu baru, mereka akan kerja dengan baik dan tekun malah akan menjaga nama mereka.

Kalau UMNO kata, mana boleh cuba-cuba, mana boleh orang baru mentadbir sebab tak ada pengalaman.

Itu kata UMNO, ingat apa kata Sazali anak P.Ramlee. "Kalau bapak tampar saya 25 tahun lalu, Sazali tidak menjadi seperti ini, Bapak tau? Sazali ketua samseng di pulau singapura ini."

UMNO pula dah 54 tahun memerintah, bukan lagi samseng malah sudah jadi perompak dan ketua mafia.

Oleh mari kita 'tampar' UMNO di PRU 13 nanti.

Saturday, December 10, 2011

MARI KITA TENGUK SAPA YANG KENA??????

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob mengingatkan agar pihak peneroka Felda tidak ghairah apabila diumumkan agensi itu akan disenarai di bursa saham sebaliknya mengambil iktibar nasib peneroka-peneroka di Felda Sendayan dan Felda Labu di Negeri Sembilan setelah terlepas ke pihak lain.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu, sebaliknya mengingatkan bahawa tanah merupakan sumber ekonomi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan memasuki perniagaan berisiko yang mungkin boleh terlepas kepada orang luar.

“Lihat apa jadi dengan peneroka-peneroka Felda Labu dan Sendayan yang pada satu ketika begitu ghairah untuk menjadi jutawan lalu tanah mereka dijual, bagaimana dengan nasib mereka?

“Ada yang menjadi kuli, ada yang terpaksa jadi pemandu teksi dan sebagainya jadi biarlah pelihara tanah Felda yang selama ini menjadi tempat orang-orang melayu bergantung hidup jadi apa perlunya dicagarkan untuk bermain saham.

“Tak wajar tanah Felda menjadi pertaruhan kerana tanah adalah sumber ekonomi kalau tergadai kepada kapitalis pemain saham yang rakus, yang biasanya menguasai sehingga 30%. Berapa banyak tanah-tanah yang telah tergadai sebab sesiapa saja boleh beli, “ jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada program pelancaran ‘Gerakan Selamatkan Felda’ peringkat kebangsaan di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, malam tadi.

Turut berceramah ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Razman Zakaria.

Kira-kira 6,000 hadir mendengar program yang diadakan bagi memberi penerangan dan risiko kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Dr Rosli berkata, jangan ingat semua projek kerajaan boleh berjaya walaupun diberi jaminan. Tambahnya ini terbukti dengan projek lembu NFC yang sedang hangat dibicarakan sekarang, yang konon pada mulanya mahu jadikan Gemas sebagai ‘beef valley’ atau lembah lembu.

“Di Negeri Sembilan saja berapa banyak projek kerajaan yang gagal antaranya projek tebu di Ayer Hitam, gagal. Pada Masa (Tan Sri) Isa Samad juga ada projek yang gagal iaitu
ladang babi terbesar di Bukit Pelandok,  Negeri Sembilan tetapi gagal membawa keuntungan bahkan hanya meninggalkan penyakit Japanese Encephalitis (JE) sahaja,” katanya.

Justeru Dr Rosli mahu semua warga Felda bersatu dengan apa cara sekalipun menghalang Felda daripada disenaraikan di bursa saham walaupun dijanjikan dengan durian runtuh.

Beliau khuatir, apa yang sedang diusahakan pihak tertentu pada masa ini hanyalah sebagai jalan untuk mengalirkan wang ke dalam poket kroni mereka sahaja.

Sementara itu Razman Zakaria yang berceramah sebelum itu, memberitahu perniagaan di bursa saham mempunyai risiko yang tinggi sehingga boleh menyebabkan tergadai.

“Jangan pelik jika mula-mula penyenaraian harga begitu tinggi tetapi akhirnya Felda bukan lagi menjadi milik rakyat tempatan kerana semua ini dengan ketiadaan pengetahuan dalam permainan saham, harga boleh dipermain sebagai mana berlaku ketika kegawatan ekonomi 1998.

“Saya bagi contoh ada saham sebuah syarikat iaitu Hwa Tai dulu di bursa saham pernah mencecah sehingga RM80 seunit tapi sekarang tak sampai RM2. Jadi itulah realiti permainan saham,” katanya.

Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, tugas Felda sepatutnya menjana keseluruhan hasil nilai komoditi daripada 2 juta ekar tanah dan wang itulah sepatutnya menjadi “durian runtuh” untuk peneroka, bukannya dengan bermain saham.

“Tapi RM6 bilion wang tunai yang pernah dimiliki Felda dulu mana pergi?” soalnya.

Beliau menarik perhatian, kalau kerajaan berniaga yang terjadi ialah luputnya aset awam Bank Bumiputera dan MISC Perkapalan.

“Sebab itu, pada saya kalau Felda tidak dipertahankan daripada penyenaraian, boleh tergadai. Akhirnya jadilah seperti dalam filem Ali Baba Bujang lapok. Ibrahim Pendek lempar dadu sambil berkata mari kita tengok siapa yang kena...

“Akhirnya orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena...” sambil disambut gelak ketawa.
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda dilihat semakin krtikal selepas pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa melalui 'pintu belakang'.
Terbaru, Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab dikhabarkan menerima surat arahan bercuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama sembilan bulan.
Presiden Anak, Mazlan Aliman memberitahu, menurut sumber daripada Felda sendiri, Zulkifli menerima surat arahan bercuti itu daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri semalam.
Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.
Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.
"Datuk Zulkifli sekarang tidak dibenarkan memasuki pejabat," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut Mazlan, beliau yakin arahan itu atas pengaruh Isa yang tidak senang dengan Zulkifli kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
"Datuk Zul mempunyai pandangan terbuka terhadap cadangan penyenaraian yang meliibatkan aset warga Felda kerana beliau sangat faham kerana mula berkhidmat dari bawah.
"Datuk Zul mungkin tak boleh beri sokongan kepada Isa untuk usaha penyenaraian ini dan mungkin Isa menganggap Datuk Zul sebagai penghalang kepada cita-cita peribadi beliau," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
Tambah beliau lagi, arahan menyambung pengajian itu dilihat secara tiba-tiba dan tidak ada keperluan yang mendesak.
"Kalau dikatakan beri peluang Datuk Zul sambung belajar, belajar apa? Nak sambung belajar di mana?" soalnya.
Kesal dengan tindakan yang disifatkan sebagai usaha penyiingkiran secara halus itu, Anak kata Mazlan, akan menyerahkan memorandum sokongan terhadap Zulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini pada 13 Disember ini, jam 2.30 petang.
"Anak menentang keras usaha-usaha yang tidak demokratik dan tidak menghormati kakitangan Felda dan warga Felda yang mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Zul.
"Oleh itu, kita akan serahkan memorandum sokongan sebagai tanda Anak sentiasa di belakang Datuk Zul.
"Anak juga minta semua pihak termasuk keluarga Datuk Zul bertenang dan bersabar dengan keadaan ini," katanya.
Ujar beliau juga, tindakan susulan akan diambil dari semasa ke semasa selepas penyerahan memorandum tersebut sehingga Najib menarik balik arahan tersebut.
"Tindakan ini sangat malang bagi seorang pengarah yang berkhidmat dengan cemerlang.
"Ada tindakan susulan sehingga Perdana Menteri menarik balik arahan tersebut dan Datuk Zul boleh masuk pejabat seperti biasa," katanya sambil menyeru semua warga Felda tanpa mengira fahaman politik bersatu menyatakan sokongan kepada Zulkifli.

SELAMATKAN MELAYU SELAMATKAN KRONI UMNO

Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunana Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin ‘menggegarkan’ bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para ‘pemimpin Melayu’ ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan PR berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri.
MELAYU ATAU UMNO YANG TERCABAR?
Pada hakikatnya, yang dicabar adalah kepimpinan UMNO dan juga BN, BUKAN kepimpinan Melayu! Kepimpinan UMNO dan BN dicabar atas sebab kedurjanaan, pengkhianatan dan tidak amanahnya mereka. Walaupun mereka telah diberi amanah untuk memimpin dan memerintah selama 54 tahun, apa yang telah dihasilkan adalah budaya kepimpinan rasuah, pegampuan dan kronisma. Pemimpin bergelumang dengan maksiat dan kekayaan sedangkan rakyat, terutamanya orang Melayu, hidup terhimpit di kota dan di desa.

Sekiranya seseorang membuat tinjauan pada hujung minggu lepas di persekitaran PWTC, maka dia akan melihat segala jenis kenderaan mewah yang terdapat di muka bumi diguna pakai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai ‘pejuang’ bangsa. Tersusun rapi barisan Vellfire, Hummer, Mercedes, BMW, Porsche Cayenne dan berbagai lagi kenderaan mewah milik para ‘pejuang’ ini. Kemewahan ini diketengahkan sebagai bukti ‘pengorbanan’ mereka dalam ‘perjuangan’ yang begitu lama dan ‘sukar’. Yang anehnya, si ‘pejuang’ semakin mewah sambil yang kononnya diperjuangkan terus miskin dan semakin tertekan.

Sekiranya yang dimaksudkan dengan ‘politik Melayu’ adalah politik rasuah, fitnah dan rasis yang bercanggah dengan ajaran dan nilai agama Islam, maka politik jenis itu sememangnya ingin kita tumpaskan. Akan tetapi, adakah politik Melayu bersifat begitu? Bagi UMNO, itulah politik Melayu yang mereka ingin orang Melayu pertahan dan banggakan. Sekiranya ada yang menentang politik yang sedemikian rupa, maka mereka ini dikatakan penentang ‘politik Melayu’! Pada hakikatnya ianya bukan politik Melayu tetapi sebaliknya politik UMNO!

Mereka yang mentakrifkan politik Melayu sebagai politik rasuah, fitnah dan rasis serta ingin terus mempertahankannya pada hakikatnya ingin membunuh masa depan politik Melayu. Lihat sahaja pada wanita UMNO yang mengerumun Shahrizat, menyatakan sokongan mereka terhadap dirinya walaupun beliau terbabit dengan skandal Feedlot Negara. Adakah kepimpinan Melayu sebegitu rupa yang ingin dipertahankan? Di manan maruah dan wawasan kepimpinan yang adil dan bertaqwa di sisi UMNO?

KUASA MUTLAK ADA PADA ORANG MELAYU?
Berkata pemimpin UMNO bahawa di dalam BN, UMNO berkuasa sepenuhnya. UMNO yang dominan dan boleh melakukan apa jua yang UMNO inginkan. Tiada yang boleh menghalang dan itulah bukti politik Melayu berkuasa! Sedangkan dalam PR, parti politik Melayu adalah minoriti dan tiada kuasa, terpaksa akur kepada kehendak DAP menurut mereka lagi.

Hakikatnya sebenarnya keadaan berkuasa secara dominan dan tanpa halangan adalah punca masalah politik Negara. Telah dikatakan berulang kali bahawa
“power corrupts and absolute power corrupts absolutely” atau “kuasa merosakkan dan kuasa penuh tanpa batasan merosakkan secara menyeluruh tanpa batasan”. Inilah sebabnya mengapa budaya rasuah, kronisma dan rasis dapat diamalkan oleh UMNO tanpa bantahan. Lihat sahaja pada skandal Feedlot. Tidakkah penyelewengan sebanyak RM 250 Juta itu berlaku tanpa apa-apa tindakan atau hukuman? Malahan ada juga yang berusaha keras mempertahankannya. Melalui pembelaan ini, mereka ingin merosakkan ummat dan bangsa.

Adakah kuasa mutlak diperlukan sekiranya apa yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil? Biasanya, yang terpaksa bersandar kepada kekuasaan yang mutlak adalah pemimpin ‘dictator’ dan mereka yang ingin melebar-luaskan kerosakan di atas muka bumi. Maka apabila mereka ingin melaksanakan kezaliman dan ianya dibantah, maka kuasa mutlak digunakan untuk mengalahkan golongan yang membantah.

Sebaliknya, apabila yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil, maka sokongan rakan dan rakyat umum akan menentukan ianya terlaksana. Seperti pada zaman Rasulullah (SAW) di mana ummat Islam minoriti pada awalnya di Madinah, namun kepimpinan Baginda (SAW) telah diterima semua atas sebab keadilan Baginda.

ADAKAH KUASA POLITIK MELAYU AKAN HANCUR?
Maka ditanya pula, “adakah dengan hilangnya kuasa mutlak maka akan hilang juga kuasa politik Melayu?” Jawapannya “Tidak”! Yang akan hilang adalah hanya kemampuan melakukan rasuah dan kezaliman! Dan dengan itu akan dibebaskan politik Melayu dari budaya perosak yang telah diasaskan sekian lama oleh UMNO dan BN di kalangan bangsa Melayu. Akan subur seterusnya politik Melayu dengan budaya keislaman yang sebenar, bebas dari rasuah, penyelewengan, kronisma dan rasisma.

Pada hakikatnya dalam PR tiada pihak yang akan mempunyai kuasa mutlak dan oleh itu dasar semak dan timbang (check and balance) akan lebih bermakna. PAS tidak boleh melakukan sesuka hatinya. Begitu juga DAP dan begitulah juga PKR. Semua berkuasa dan apa sahaja yang ingin dilakukan mesti mendapat persetujuan dari semua pihak. Tidak perlu PAS akur pada kehendak DAP atau DAP kepada kehendak PAS. Apa yang diperlukan ialah menentukan sesuatu dasar yang benar dan adil yang akan dipersetujui bersama.

Maka sebagai contoh, sekiranya ada yang ingin mengurangkan jumlah penjawat awam, sepertimana yang didakwa Najib, ianya tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sokongan ketiga-tiga parti. Dan sepertimana yang diulangi, PAS dan PKR tidak bersetuju dengan cadangan itu. Begitu juga dengan sebahagian pemimpin DAP.

Sebaliknya, apa yang ingin diusahakan adalah keberkesanan perkhidamatan awam dengan ditingkatkan mutu perkhidmatan. Bukti nyata ialah apa yang dilakukan di bawah kerajaan Negeri PR. Berapa ramaikah kakitangan kerajaan Negeri yang dibuang kalau ada? Jawapannya tidak walau seorang.

Jelas UMNO hanya ingin membohongi bangsa Melayu seperti biasa supaya UMNO kekal berkuasa.

PAS TUNDUK PADA DAP?
Dikatakan juga bahawa PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP kerana kalau tidak orang bukan Islam tidak akan mengundi PAS di dalam Pilihan Raya. Maka mereka akan undi siapa? Kalau di Parlimen Shah Alam, sebagai contoh, calonnya dari PAS dan UMNO. Kalau mereka tidak undi PAS, adakah mereka akan undi UMNO? Atau mereka akan mengundi DAP yang tidak bertanding?

Kalau undi DAP maka dikira undi rosak dan sekiranya undi UMNO, maka lagi teruklah akibatnya. Selagi PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam dan menghormati hak bukan Islam seperti yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri, masyarakat bukan Islam akan terus mengundi PAS. Ini adalah kerana UMNO adalah jauh lagi teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Dengan merosakkan Melayu, UMNO merosakkan Negara dan masyarakat bukan Islam memahami perkara ini.

Jelas bahawa sekali lagi UMNO ingin membohongi bangsa Melayu dan bukan Melayu.

KEDUDUKAN KUASA POLITIK MELAYU
Sekiranya PR memerintah di Pusat, kerusi perwakilan Melayu di Parlimen akan tetap seperti sekarang iaitu lebih ramai dari yang bukan Melayu, apabila dijumlahkan keseluruhannya iaitu pemerintah dan pembangkang. Oleh itu, tiada undang-undang atau dasar yang merugikan orang Melayu akan dapat diluluskan sekiranya ada yang berniat melakukannya sekalipun. Maka orang Melayu tidak perlu khuatir atau takut akan masa depan mereka.

Dengan itu mereka boleh turut sama dalam usaha membasmi negara dari budaya politik rasuah, kronisma dan rasis yang dijuarai UMNO dan BN. Ini akan membebaskan masyarakat Melayu dari penjajahan minda Melayu yang dilakukan UMNO selama ini sehingga Melayu terpaksa redha dengan rasuah dan penyelewengan ‘pemerintah Melayu’ atas alasan ‘ingin menjaga kuasa politik Melayu’. Dengan itu bangsa Melayu akan sebenarnya bebas.

Dan akan turut berkembang segar politik Melayu selepas itu setelah dibebaskan dari belenggu yang menghimpitnya selama ini; bebas untuk dicorakkan politik Melayu tanpa rasuah dan kronisma; bebas untuk menuju keredhaan illahi.

Friday, January 21, 2011

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PELAJARAN?????

Lawatan kerja Tim Men Pel , Dr Puad Zakarshi ke Jerantut amat mengelirukan, pada awal warga pendidik dimaklumkan kehadiran sebagai lawatan kerja ke kawasan Pedalaman Jerantut, yakni ke Kuala Tahan, Kg Pagi, Kuala Sat, Bantal. Mat Darling dan Gusai.


Tetapi segala-galanya bermula dengan lakonan yang diarahkan oleh sutradara Umno/ BN..Wanita Umno mula menunjukkan baju seragam. AKhirnya saya sebagai pemerhati pada hari tu mula tertanya-tanya lawatan kerja atau lawatan politik

Mula mengadakan penyerahan cek kepada PIBG, di SMK Kuala Tahan serta merta program motivasi. Kalau kita ajukan soalan ini , sure mereka akan kata sudah lama dirancang. Logiknya, awal tahun, baru 3 minggu 2011. Sekolah pun belum jalan program, daerah dh buat....haha,...lawak senario betul
Jadi, lakonan UBN ni sudah masak, dewan MDJ pun penuh dengan kerusi kosong.

Aduhai, apa nak buat............memang sendiri buat lakonan sendiri tenguk.....sendiri beli tiket.....sendiri syok..

Wednesday, January 12, 2011

PAKATAN mengada-gada atau Umno / BN penakut?????

GABUNGAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT melancarkan rasa tidak puas hati dengan mengedarkan  Kertas Edaran kepada pengunjung Pasar Malam Hari Selasa (PASAR) di Bandar Inderapura untuk bersama rakyat yang berasa tertekan dengan kenaikan harga barangan kebelangan ini.

Edaran tersebut menyatakan Kenaikan  Harga Barang 4 Dalam 1 pada 4 Disember lepas memang tidak boleh diterima akal.

Kenaikan RON 95 naik 5 sen, Disel naik 5 sen, Gas naik 5 sen, Gula naik 20 sen kemudian baru-baru ini RON97 naik lagi.

Edaran itu turut menyatakan tindakan menaikkan  harga barang seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan ungkapan “ penyelamat subsidi”.

IDEAKITA melihat tindakan gabungan itu sebagai cuba menangguk di air keruh bagi menagih sokongan simpati  melalui isu yang boleh dianggap selesai kerana hakikatnya rakyat ‘agak’ setuju dengan harga barang yang dinaikkan.

IDEAKITA menyatakan rakyat  ‘agak setuju’ kerana tiada suara menyatakan bantahan secara serius mengenai isu ini, sedangkan PR cuba mengada-gada menyuarakan rasa tidak puas hati.

Malah, rakyat di Jerantut (dilihat dari sudut tempatan) tiada apa yang hendak dirisaukan kerana kedai, pasar malam dan pecan sehari serta  pasaraya tetap dikunjungi seolah-olah tiada apa yang berlaku

Oleh itu Pemuda PR sekadar menunjukkan muka di tempat awam itu sebagai kononnya simpati dengan isu semasa itu.

IDEAKITA tidak pasti samada orang Jerantut kaya, berada, banyak duit dan berada di status dianggap senang dan tidak perlu kalut dengan  harga barang yang mahal.

Mungkin orang Jerantut menyatakan tiada mendatangkan kesan petrol, disel dan gas naik tidak menjadi kudis kepada mereka.

Tanpa disedari kenaikan harga barang secara ‘berselindung’ telah naik ekoran harga tersebut kerana bayaran pengangkutan turut meningkat dan member tempias kepada barang lain seperti, bawang, tepung malah minyak masak turut tiada di pasaran.

Tinjauan IDEAKITA mendapati ada orang Jerantut setuju dengan harga barang yang naik kerana apabila diberi kertas edaran tersebut terus menolak atau takut untuk mengambilnya,  seolah-olah , “Apa aku kisah” , “Duit AKu”, “Aku punya pasal” , Barang Naik (BN) lantaklah dan sebagainya.

Walau pun Pemuda PR telah menggorak langkah menyatakan perasaan tidak puas hati, IDEAKITA turut menyokongnya kerana sekurang-kurangnya ada tindakan protes secara aman dari peringat bawah yang sebenarnya tertekan terutama  golongan berpendapatan rendah.

Di sini  IDEAKITA sebagai penyokong kerajaan rasa terkilan kerana tiada Pemuda Barisan Nasional atau UMNO yang menyatakan perasaan tidak puas hati mengenai perkara ini.

Adakan orang Barisan Nasional (BN) mendapat subsidi membeli barangan seperti petrol dan sebagainya dengan menunjukkan kad ahli UMNO atau BN.?

Atau adakah orang BN memahami sebab kerajaan naikkan harga barang? Sebab itu mereka turut menyokong harga barang naik?

Atau adakan orang BN memang kaya dan berada dan tidak kisah walaupun harga barang naik kerana tidak mendatangkan masalah kepada mereka.

Atau adakah Pemuda BN/UMNO sudah hilang kejantanannya atau erti kata lain penakut?
Walau begitu, rakyat Malaysia masih bersopan santun dan baik kerana tidak melakukan pemberontakan mengenai kenaikkan harga barang dan sebab itu kerajaan ‘berani dan sentiasa berani’ melakukan sesuka hati.
Kerajaan tahu, rakyat Malaysia adalah golongan penakut kerana telah dimomokkan dengan dasar peraturan dan akan mencekup sesiapa sahaja yang menentang melalui pelbagai dasar. Andai semua penduduk Malaysia bangkit menentang, pelbagai isu tidak akan dijalankan seweang-wenangnya.