Wednesday, January 11, 2012

EPIk Anwar Ibrahim

Keputusan upset mengenai kes liwat 2 anwar ibrahim(AI)  mengejutkan banyak  pihak dan sungguh di luar dugaan dan tidak terlintas AI akan dilepaskan. Malah berkata 9 Januari adalah hari terakhir AI berada di luar untuk meneruskan ceramah dan kempennya.

Tetapi Umno / BN (UBN) bijak dan genius, selepas keputusan diumumkan, mula menyatakan badan kehakiman tidak dicemari dan dipengaruhi oleh mereka dan ini sebagai makluman kepada pihak pakatan rakyat bahawa mahkamah adil dan telus.

Bolehkan anda fikirkan sejenak, apa kata keputusan berpihak kepada UBN, pasti TV3, RTM akan engulangi sampai sebulan cerita AI, tetapi kisah AI tidak banyak diceritakan dalam TV perdana, sebaliknya memberi banyak liputan mengenai bom.

Ada rakan aktivis politik UBN menyatakan keputusan itu sebagai satu kredit kepada UBN kerana sebagai peneraju kerajaan, UBN amat telus dan dan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

Aktivis UBn menyatakan, keputusan itu banyak kepada DNA dan laporan lisan tidak boleh dipakai, ada keputusan lain iaitu akan disabitkan meliwat suka sama suka atau video datok T. Masih lagi ada harapan UBN untuk menghumban AI ke penjara.

Sebagai orang atas pagar berasakan ada baiknya keputusan itu kerana akan memberi indicator terbaik buat UBN untuk mengadakan PRU13 kerana nama baik kerajaan sekarang berada di puncak.

Malah, semua jentera kerajaan sudah dibersihkan khususnya badan kehakiman. Saya kira hakim terbabit boleh tidur nyenyak kerana tidak disumpah oleh orang PR, sebaliknya akan dimaki hamun oleh orang UBN.

Sejak mula perbicaraan ramai sahabat menyatakan kenapa kenyataan Doktor Myanmar tersebut tidak diberi perhatian utama, kemudian doctor itu lenyap terus.

Kemudian kondo yang dikatakan aktiviti seks dilakukan  itu tidak diberi tumpuan, siapa pemilik rumah tersebut, kalau disewa siapa yang meyewa.

Ketiga, kalau betul ada 12 DNA air mani terdapat dalam dubur Shaiful, mengapa DNA AI sahaja diambil kira, kenapa tidak disabitkan 11 lagi kesan DNA air mani tersebut.

Mana tau, 11 air mani tersebut termasuk …………………………….. ntahlah jangan menuduh.

Oleh tu selesai episod AI mengenai kes ini, AI tidak boleh suka sangat kerana ada lagi kes video lucah pula menunggu anda.


  


No comments: