Saturday, December 18, 2010

YBM Tengku Azlan mula bekerja???

YBM Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut rajin turun padang. Tiap-tiap minggu Ku Lan balik ke Jerantut menghadiri berbagai program-program parlimennya. WZWH suka melihat Ku Lan rajin macam YB orang muda.

Hari ini 18 Disember 2010, jam 11.00 pagi bertempat di Rest house Jerantut satu majlis penyampaian bantuan-bantuan NKRA bakul makanan, beg dan pakaian sekolah sumbangan ahli parlimen Jerantut disampai oleh Ku Lan.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Lau Lee ADUN Damak, Ketua MIC Jerantut, dan 400 orang ramai.


Pada sebelah paginya YBM Tengku Azlan merasmi Karnival Sukan Tenis Dan  Futsal Tertutup Parlimen Jerantut sempena perasmian gelanggang tenis dan futsal Taman LKNP Jerantut.

Ramai pembaca blog WZWH bertanya apa isunya Ku Lan. Ku Lan adalah pemimpin UMNO Jerantut yang tidak ambil apa-apa dari rakyat Jerantut. Beliau adalah pemimpin yang mudah mesra. Beliau anak raja Pahang yang "the most gentleman". Beliau tidak sombong dan melayan semua orang sama saja. Semua ahli UMNO adalah orangnya.

Beliaulah pemimpin yang boleh menstabilkan politik Jerantut. Orang Jerantut boleh menerima kepimpinannya. Apa yang  Ku Lan perlukan ialah "striker partner" yang pantas dan tangkas yang boleh menyumbatkan banyak gol. Ku Lan memerlukan satu "teamwork" yang menyokong usahanya memajukan Jerantut. Ku Lan juga perlukan "think tank".

Ku Lan telah menjadi ahli parlimen sejak PRU 1999. Hanya selepas PRU 2008 baru Ku Lan mendapat "striker partner" yang laju membawa pembangunan. Walaupun YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan baru 2 tahun 9 bulan menjadi ADUN Tahan, namun projek pembangunan yang telah diluluskan sudah lebih RM150 juta di DUN Tahan. 

Ini juga adalah kerana pengaruh Ku Lan dan rangkaian hubungan networknya. Wan Amizan hanyalah kuda Ku Lan untuk memacu projek pembangunan. Siapa Wan Amizan tanpa sokongan dan pengaruh Ku Lan?

Gandingan berdua YBM Tengku Azlan dan YB Dato' Wan Amizan boleh membawa Jerantut ke era baru pembangunan Jerantut. WZWH mengucapkan terimakasih kepada YB Dato' Dr Ahmad Shukri, ADUN Pulau Tawar semasa menjadi EXCO telah menjadi pencetus pembangunan "Greater Jerantut". Ku Lan telah membawa pelabur untuk melabur  RM400 juta bagi membesar dan memodenkan bandar Jerantut. 

Wan Amizan akan memastikan implementasi Projek "Greater Jerantut" ini bukan sahaja boleh memenuhi kepentingan 1Malaysia komuniti peniaga Jerantut tetapi akan memastikan peniaga-peniaga Melayu ada tempat dan boleh menyertai projek ini. Ku Lan akan memastikan kepentingan peniaga-peniaga semua kaum akan mendapat tempatnya yang seimbang komposisinya. 

Siapa ahli parlimen Jerantut PRU 13? Ini pandangan WZWH. Selagi Ku Lan mahu maka beliaulah ahli parlimen Jerantut. Setakat hari ini tiada siapa yang boleh mengatasinya. MB tidak berani mahu mengubahnya. DS Najib ada 221 kerusi parlimen untuk beliau pilih siapa calon-calon yang beliau mahu. DS Najib tidak mahu pening kepala bertegang leher hanya setakat satu kerusi parlimen Jerantut diserahkan.

YBM Ku Lan boleh menjadi ahli parlimen Jerantut selama-lamanya...
 
Ulasan Ideakita:
Baguslah, jangan ikut musim dan jangan sengaja nak memancing. Masyarakat masa kini tidak seperti dahulu. Boleh berfikir. Satu lagi pesanan suara dari bawah. Orang-orang yang selalu 'ikut' dan 'himpit' jangan jadi makan tuan. sebab semua 'mata' memandang.
 
Kepada WZWH tolong pesan kepada 'orang ikut dna himpit ini, jangan jadi keris tamin sari yang makan tuan.
 

No comments: