Wednesday, December 28, 2011

Cam mana Kedah boleh buat....betul ker?

DPPM: Contohi k'jaan Kedah lupus pinjaman pelajaran
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengesyorkan kepada kerajaan negeri lain supaya mencontohi langkah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah melupuskan hutang pinjaman pelajaran bagi meringankan beban rakyat,

Semalam, kerajaan Kedah mengumumkan pelupusan hutang pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang berkaitan dengan kes-kes tertentu.

Ia meliputi kematian, penyakit kronik, gila dan yang tidak mempunyai daya lagi untuk membayarnya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah, DPPM menyifatkannya sebagai contoh yang baik dalam usaha membantu rakyat.

"Sebaiknya semua kerajaan negeri berlumba-lumba dalam memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang terbaik kepada rakyatnya sebagai balasan sokongan rakyat terhadap pemerintahan mereka," kata ketua penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Katanya, DPPM menyifatkan inisatif kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah sebagai membuktikan mereka amat prihatin dan menyelami denyut nadi rakyat di negeri itu.

"Kepemimpinan negeri itu membuktikan bahawa mereka memegang tampuk kuasa bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi untuk kepentingan rakyat jelata," kata ketua penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Menurutnya, umum mengetahui bahawa pendidikan adalah keperluan hidup yang mesti ditunaikan oleh kerajaan terhadap rakyatnya.

"Dengan pelajaran akan terbela kehidupan rakyat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat daripada belenggu kemiskinan.

"Pelajaran melahirkan masyarakat yang bertamadun, berakhlak mulia, disamping membina masyarakat dan negara yang maju dan berdaya saing.

"Insentif pelajaran daripada kerajaan kepada rakyat merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan Kedahm tambahnya, telah berjaya menempatkan diri antara negeri yang berjaya menunjukkan kesungguhan membantu rakyat.

Menurutnya lagi, dengan kedudukan ekonomi negeri yang stabil ditambah dengan perbelanjaan pentadbiran yang berhemah, Insentif khusus bagi membantu rakyat adalah tindakan yang tidak merugikan kerajaan tersebut.

Malah, tambahnya, pelbagai imbuhan dan insentif yang diberikan untuk rakyat mampu meningkatkan lagi hasil pendapatan negeri dengan keberkatan pentadbiran yang bersih, jujur dan telus.

"Dengan inisatif ini, ternyata aspek pelajaran diambil perhatian penting oleh kerajaan Kedah.

"Ia membuktikan bahawa kerajaan Kedah berusaha memastikan tiada rakyat yang keciciran pelajaran untuk jangka panjang," tambahnya.

Meskipun pelupusan hutang pinjaman tidak dikuatkuasakan kepada semua pihak, tegas Riduan, namun ia langkah yang amat baik sebagai permulaan.

No comments: