Lawatan kerja Tim Men Pel , Dr Puad Zakarshi ke Jerantut amat mengelirukan, pada awal warga pendidik dimaklumkan kehadiran sebagai lawatan kerja ke kawasan Pedalaman Jerantut, yakni ke Kuala Tahan, Kg Pagi, Kuala Sat, Bantal. Mat Darling dan Gusai.
Tetapi segala-galanya bermula dengan lakonan yang diarahkan oleh sutradara Umno/ BN..Wanita Umno mula menunjukkan baju seragam. AKhirnya saya sebagai pemerhati pada hari tu mula tertanya-tanya lawatan kerja atau lawatan politik
Mula mengadakan penyerahan cek kepada PIBG, di SMK Kuala Tahan serta merta program motivasi. Kalau kita ajukan soalan ini , sure mereka akan kata sudah lama dirancang. Logiknya, awal tahun, baru 3 minggu 2011. Sekolah pun belum jalan program, daerah dh buat....haha,...lawak senario betul
Jadi, lakonan UBN ni sudah masak, dewan MDJ pun penuh dengan kerusi kosong.
Aduhai, apa nak buat............memang sendiri buat lakonan sendiri tenguk.....sendiri beli tiket.....sendiri syok..
Friday, January 21, 2011
Wednesday, January 12, 2011
PAKATAN mengada-gada atau Umno / BN penakut?????
GABUNGAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT melancarkan rasa tidak puas hati dengan mengedarkan Kertas Edaran kepada pengunjung Pasar Malam Hari Selasa (PASAR) di Bandar Inderapura untuk bersama rakyat yang berasa tertekan dengan kenaikan harga barangan kebelangan ini.
Edaran tersebut menyatakan Kenaikan Harga Barang 4 Dalam 1 pada 4 Disember lepas memang tidak boleh diterima akal.
Kenaikan RON 95 naik 5 sen, Disel naik 5 sen, Gas naik 5 sen, Gula naik 20 sen kemudian baru-baru ini RON97 naik lagi.
Edaran itu turut menyatakan tindakan menaikkan harga barang seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan ungkapan “ penyelamat subsidi”.
IDEAKITA melihat tindakan gabungan itu sebagai cuba menangguk di air keruh bagi menagih sokongan simpati melalui isu yang boleh dianggap selesai kerana hakikatnya rakyat ‘agak’ setuju dengan harga barang yang dinaikkan.
IDEAKITA menyatakan rakyat ‘agak setuju’ kerana tiada suara menyatakan bantahan secara serius mengenai isu ini, sedangkan PR cuba mengada-gada menyuarakan rasa tidak puas hati.
Malah, rakyat di Jerantut (dilihat dari sudut tempatan) tiada apa yang hendak dirisaukan kerana kedai, pasar malam dan pecan sehari serta pasaraya tetap dikunjungi seolah-olah tiada apa yang berlaku
Oleh itu Pemuda PR sekadar menunjukkan muka di tempat awam itu sebagai kononnya simpati dengan isu semasa itu.
IDEAKITA tidak pasti samada orang Jerantut kaya, berada, banyak duit dan berada di status dianggap senang dan tidak perlu kalut dengan harga barang yang mahal.
Mungkin orang Jerantut menyatakan tiada mendatangkan kesan petrol, disel dan gas naik tidak menjadi kudis kepada mereka.
Tanpa disedari kenaikan harga barang secara ‘berselindung’ telah naik ekoran harga tersebut kerana bayaran pengangkutan turut meningkat dan member tempias kepada barang lain seperti, bawang, tepung malah minyak masak turut tiada di pasaran.
Tinjauan IDEAKITA mendapati ada orang Jerantut setuju dengan harga barang yang naik kerana apabila diberi kertas edaran tersebut terus menolak atau takut untuk mengambilnya, seolah-olah , “Apa aku kisah” , “Duit AKu”, “Aku punya pasal” , Barang Naik (BN) lantaklah dan sebagainya.
Walau pun Pemuda PR telah menggorak langkah menyatakan perasaan tidak puas hati, IDEAKITA turut menyokongnya kerana sekurang-kurangnya ada tindakan protes secara aman dari peringat bawah yang sebenarnya tertekan terutama golongan berpendapatan rendah.
Di sini IDEAKITA sebagai penyokong kerajaan rasa terkilan kerana tiada Pemuda Barisan Nasional atau UMNO yang menyatakan perasaan tidak puas hati mengenai perkara ini.
Adakan orang Barisan Nasional (BN) mendapat subsidi membeli barangan seperti petrol dan sebagainya dengan menunjukkan kad ahli UMNO atau BN.?
Atau adakah orang BN memahami sebab kerajaan naikkan harga barang? Sebab itu mereka turut menyokong harga barang naik?
Atau adakan orang BN memang kaya dan berada dan tidak kisah walaupun harga barang naik kerana tidak mendatangkan masalah kepada mereka.
Atau adakah Pemuda BN/UMNO sudah hilang kejantanannya atau erti kata lain penakut?
Walau begitu, rakyat Malaysia masih bersopan santun dan baik kerana tidak melakukan pemberontakan mengenai kenaikkan harga barang dan sebab itu kerajaan ‘berani dan sentiasa berani’ melakukan sesuka hati.
Kerajaan tahu, rakyat Malaysia adalah golongan penakut kerana telah dimomokkan dengan dasar peraturan dan akan mencekup sesiapa sahaja yang menentang melalui pelbagai dasar. Andai semua penduduk Malaysia bangkit menentang, pelbagai isu tidak akan dijalankan seweang-wenangnya.
Monday, December 27, 2010
WZWH - Ideakita bukan beku
Maaf , Ideakita kurang aktif sejak dua menjak ni, maklumlah kena kerja lebih sikit menoreh dan cop buah sawit untuk persediaan anak sekolah dengan yuran sekolah, yuran universiti serta kelengkapannya sekali.
Lainlah kalau kerja Ideakita duduk depan komputer dan menaip serta menembak orang. Ideakita akan membuahkan hasil tangannya apabila masa ada percuma (free time)
Lainlah kalau kerja Ideakita duduk depan komputer dan menaip serta menembak orang. Ideakita akan membuahkan hasil tangannya apabila masa ada percuma (free time)
DUN PULAU TAWAR SELAMAT?
Ideakita berpendapat DUN Pulau Tawar adalah kawasan paling selamat bagi BN. Ini disebabkan DATO DR AHMAD SHUKRI ( DDAS) kelihatan bersih dari sudut imejnya.
Malah DDAS sentiasa mendampingi kawasannya serta bermurah hati dengan masanya setiap masa di sana.
Malah, pengalaman beliau menjadi exco kerajaan turut memberi bonus kepada beliau dalam meneruskan kariernya di DUN itu.
Tetapi PR akan sentiasa mencari ruang untuk menggenegahkan kelemahannya. Banyak kawasan tanah di bandar telah di Ali Babakan , malah sudah ada proksi hasil kerja tangan beliau.
Oleh itu hati-hati DDAS.
Malah DDAS sentiasa mendampingi kawasannya serta bermurah hati dengan masanya setiap masa di sana.
Malah, pengalaman beliau menjadi exco kerajaan turut memberi bonus kepada beliau dalam meneruskan kariernya di DUN itu.
Tetapi PR akan sentiasa mencari ruang untuk menggenegahkan kelemahannya. Banyak kawasan tanah di bandar telah di Ali Babakan , malah sudah ada proksi hasil kerja tangan beliau.
Oleh itu hati-hati DDAS.
WAN AMIZAN ANDA AKAN DISINGKIRKAN
ADUN Tahan, Dato Wan Amizan Wan Abdul Razak (WAWAR) , sudah mula mengambil hati pengundi kawasan yang dikatakan kubu kuat pembangkang di Padang Piol dan Sungai Retang.
Tahniah, daripada bisik-bisik Ideakita dengari, mula memuji WAWAR kerana mula membawa pembangunan dan infra yang baik.
Kepada calon PR untuk PRU13, anda kena bekerja lebih kuat untuk menarik ramai penyokong anda.
Sokongan PR mula goyah dan cakap-cakap di kawasan tersebut tidak boleh masuk daun lagi, Tahniah WAWAR dan orang-orangnya.
Sokongan padu di kawasan HULU turut semakin mencengkam kukunya. Kalau dengar kata-kata tidak suka kepada WAWAR hanya sekelumit sahaja yang tidak menjadi kudis.
AWAS!, kesilapan konco dan WAWAR sendiri di saat akhir boleh makan tuan.
Ulasan Ideakita;
WAWAR selalu war-warkan projek jalan bakal dibina, sejak WAWAR menang Mac 2008, beliau ada menyatakan September 2008, mula bina jalan, kemudian 2009 tetapi kini belum nampak bayang.
Malah, kolej komuniti yang WAWAR kata bakal dibina pada 2009, kini nak masuk tahun 2011 belum lagi. WAWAR kena ingat kata-kata perlu disusuli tindakan. Ideakita bimbang, PRU13 menjadi medan sama ada sabut timbul atau tenggelam.,
Pesanan kepada WZWH, jangan terlalu mengangkat WAWAR, WZWH juga perlu memainkan peranan sebagai advisor di mana kekurangan dan kelemahan WAWAR yang harus dibaikki
Ingat pengundi di HULU sedang menanti saat projek jalan tersebut, andai sehingga PRU13 masih belum mula, kalau setakat ‘berlakon’ dengan meletakkan ‘props’ (seperti traktor, batu dan apa jua bahan kerja) , WAWAR akan menyembah bumi. Orang di HULU tidak boleh dipermainkan lagi
KERAJAAN SELANGOR TAKUT
Pelik Kerajaan Selangor begitu takut, gerun dan bimbang dengan lambang 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib dan mahu lambang itu diturunkan.
Kes untuk menurunkan lambang tersebut mendapat reaksi dari tokoh dan cerdik pandai politik BN yang mengeluarkan pelbagai pendapat
Ideakita berfikiran, lambang tersebut memang menjadi satu gagasan Negara dan juga psikologi politik BN yang mulai dijadikan ikutan.
Kerajaan Selangor sudah sedar pada peringkat awal semua rakyat tidak memahami apa itu 1M, malah kalau ditanya orang yang selalu melaungkan 1M masih tidak dapat menyatakan secara perinci apa itu 1Malaysia.
Meraka hanya pandai menjadi Pak Turut, mereka hanya pandai mengikut tetapi tidak pandai (bodoh) untuk mengetahuinya.,
Sudah menjadi lumrah seperti PR sudah tentu takut dengan apa jua lambang yang menjadi ikutan dan turutan orang yang menyokong.
Kerajaan 1M, teruskan dengan gasgasan anda, tiada masalah letak apa jua lambang, BN ada duit, rakyat tahu berapa harga 1M?
Ideakita mahu respon semua Blog di Jerantut untuk membincangkan hal ini. Sehingga TPM pun turut memberi pendapat mengenai penurunan lambang 1M yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor dianggap takut dengan baying-bayang.
Ulasan Ideakita;
Pernah anda ingat, lambang Petronas satu ketika dahulu yang warna hijau menyamai warna PAS turut ditukar oleh BN kerana bimbang menjadi lambang ikutan yang sama.
Malah, satu ketika dahulu sekolah dilarang meggunakan cat warna hijau , maka sebuah sekolah di Pekan yang pagar batu berwarna hijau ditukar warna catnya.
Hebat, BN pun takut……….tapi tiada siapa yang kisah…Ideakita tidak kisah.
Saturday, December 18, 2010
YBM Tengku Azlan mula bekerja???
YBM Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut rajin turun padang. Tiap-tiap minggu Ku Lan balik ke Jerantut menghadiri berbagai program-program parlimennya. WZWH suka melihat Ku Lan rajin macam YB orang muda.
Hari ini 18 Disember 2010, jam 11.00 pagi bertempat di Rest house Jerantut satu majlis penyampaian bantuan-bantuan NKRA bakul makanan, beg dan pakaian sekolah sumbangan ahli parlimen Jerantut disampai oleh Ku Lan.
Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Lau Lee ADUN Damak, Ketua MIC Jerantut, dan 400 orang ramai.

Pada sebelah paginya YBM Tengku Azlan merasmi Karnival Sukan Tenis Dan Futsal Tertutup Parlimen Jerantut sempena perasmian gelanggang tenis dan futsal Taman LKNP Jerantut.
Ramai pembaca blog WZWH bertanya apa isunya Ku Lan. Ku Lan adalah pemimpin UMNO Jerantut yang tidak ambil apa-apa dari rakyat Jerantut. Beliau adalah pemimpin yang mudah mesra. Beliau anak raja Pahang yang "the most gentleman". Beliau tidak sombong dan melayan semua orang sama saja. Semua ahli UMNO adalah orangnya.
Beliaulah pemimpin yang boleh menstabilkan politik Jerantut. Orang Jerantut boleh menerima kepimpinannya. Apa yang Ku Lan perlukan ialah "striker partner" yang pantas dan tangkas yang boleh menyumbatkan banyak gol. Ku Lan memerlukan satu "teamwork" yang menyokong usahanya memajukan Jerantut. Ku Lan juga perlukan "think tank".
Ku Lan telah menjadi ahli parlimen sejak PRU 1999. Hanya selepas PRU 2008 baru Ku Lan mendapat "striker partner" yang laju membawa pembangunan. Walaupun YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan baru 2 tahun 9 bulan menjadi ADUN Tahan, namun projek pembangunan yang telah diluluskan sudah lebih RM150 juta di DUN Tahan.
Ini juga adalah kerana pengaruh Ku Lan dan rangkaian hubungan networknya. Wan Amizan hanyalah kuda Ku Lan untuk memacu projek pembangunan. Siapa Wan Amizan tanpa sokongan dan pengaruh Ku Lan?
Gandingan berdua YBM Tengku Azlan dan YB Dato' Wan Amizan boleh membawa Jerantut ke era baru pembangunan Jerantut. WZWH mengucapkan terimakasih kepada YB Dato' Dr Ahmad Shukri, ADUN Pulau Tawar semasa menjadi EXCO telah menjadi pencetus pembangunan "Greater Jerantut". Ku Lan telah membawa pelabur untuk melabur RM400 juta bagi membesar dan memodenkan bandar Jerantut.
Wan Amizan akan memastikan implementasi Projek "Greater Jerantut" ini bukan sahaja boleh memenuhi kepentingan 1Malaysia komuniti peniaga Jerantut tetapi akan memastikan peniaga-peniaga Melayu ada tempat dan boleh menyertai projek ini. Ku Lan akan memastikan kepentingan peniaga-peniaga semua kaum akan mendapat tempatnya yang seimbang komposisinya.
Siapa ahli parlimen Jerantut PRU 13? Ini pandangan WZWH. Selagi Ku Lan mahu maka beliaulah ahli parlimen Jerantut. Setakat hari ini tiada siapa yang boleh mengatasinya. MB tidak berani mahu mengubahnya. DS Najib ada 221 kerusi parlimen untuk beliau pilih siapa calon-calon yang beliau mahu. DS Najib tidak mahu pening kepala bertegang leher hanya setakat satu kerusi parlimen Jerantut diserahkan.
YBM Ku Lan boleh menjadi ahli parlimen Jerantut selama-lamanya...
Ulasan Ideakita:
Baguslah, jangan ikut musim dan jangan sengaja nak memancing. Masyarakat masa kini tidak seperti dahulu. Boleh berfikir. Satu lagi pesanan suara dari bawah. Orang-orang yang selalu 'ikut' dan 'himpit' jangan jadi makan tuan. sebab semua 'mata' memandang.
Kepada WZWH tolong pesan kepada 'orang ikut dna himpit ini, jangan jadi keris tamin sari yang makan tuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)